When everything is too late at the time we're facing the Most Merciful, then maybe in this month I need to look inside my heart and think, and change. Before everything is too late.....
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kemampuanku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.
(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung karena aku menginginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jenis denganku"
Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku dihadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama'
Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ini. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jenis dan bercakap mengenai perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi dirimu? Pernahkah kau melihat dirimu? berapa banyak harta kau yang kau sedekahkan untuk akhirat? dan berapa persen nilai keihklasanmu didalamnya?
Telinga yang hanya mendengar dari tadi pun tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ini, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tausyiah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Betapa kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya bujuk rayu syaitan, tetapi mengapa kau yang kalah dengan bujuk rayu si Durjana itu?
Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencela, "itulah kau manusia. Sudah terlihat kerugianmu disini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas bagaikan buih dilautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur bercerai-berai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekejap mata. Syukur mu kian menipis. Congkakmu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Sang Maha Kuasa? Bukankah sifat sombong hanya mutlak milik Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari syurga kerana kesombongannya? Si Firaun binasa kerana congkaknya? Si namrud dihina karena takaburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pelajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai di dunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turning Back! Sekarang rasakanlah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.
Tiba-tiba aku tersadarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang dipikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
Pada hari ini Kami akan tutup mulut mereka, dan tangan mereka akan berkata kepada Kami, dan kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang telah mereka lakukan.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.
Source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3300-allah-kenapa-aku-dalam-neraka.html dengan penyesuaian dalam bahasa Indonesia.
No comments:
Post a Comment